1 “cerita novelku CINTA KOLONY ema bukan cinta pertama tapi cinta sejatiku”.

Permulaan kami berkenalan di laman “SOSIAL SMS KOLONY”. Dia yang KFRIEN aku dulu dan aku balas KFRIEN nya. Kami jadi rakan, pada mulanya aku hanya post status kata-kata indah dan kata-kata lucu.

“Aku mula menyertai KOLONY pad tahun 22/12/2012. Sampai tahun 2016 penghujung ceritaku di KOLONY”.

selama aku main KOLONY aku selalu buat semua friend-friend aku happy selalu. Dan kadang dia hadir membalas bom aku dua tiga atau empat bom statusku. Pada mulanya begitu cerita kami, lama-lama sampai ke KPOP bukan di KBOM saja.

Pada masa tu dia ada cerita kisah cintanya dengan boyfiendnya padaku, aku jadi tempat luahan isi hatinya, Sedar tak sedar aku mula merasa ada perasaan aku tumbuh dengannya meski aku tak meluah aku secara serius dengannya aku biarkan saja rasa perasaan itu tumbuh dan aku tidak meluahkan secara betul-betul dengannya. Aku hanya meluah itu pun hanya sekedar dalam guraunku di cantukan.

aku kedang meluah di KBOM tapi dengan ayat lucu ku cantumakan luahan isi hatiku dengannya, dia mungkin tak pernah anggap benar semua tu.

Sebab aku ni “JOKE MAN” katakan.

Sebab aku tidak mahu hancurkan hubungannya dengan kekasihnya yang sudah retak itu, dan perparahkannya lagi hubungannya dengan boyfriendnya pada masa itu. Pertemuan kami di tahun 2013 bulan enam tanggal 19. Dan boyfriendnya membiarkannya selama sebulan, selama dia di abaikan kekasih hatinya aku dan dia selalu bergurau senda di KBOM. Aku selalu hadir di ketika dia sedih mengingatkan perlakuan boyfriendnya dengan dia.

Kami bercerita di KPOP. Sebab kpop murah sikit potongan KOINNYA di banding KBOM. Tapi kami di masa tu guna daftar KREG RM1 seminggu FREE DING. FREE POP. FREE BOM. Sesuka hatimu.”

Disini permulaan kisah kami FIRST.

dia ema pop aku “emaLD pop: Assalamualaikum jenz selamat malam.

Aku “JenzRbz pop: walaikumsalam ema selamat malam juga.

Dia ema “emaLD pop: tengah buat apa tu jenz?

Aku “JenzRbz pop: tengah duduk-duduk ni, kau pulak?.

Dia ema “emaLD pop: tengah baring-baring ni, dah makan?.

Aku “JenzRbz pop: dah tadi lagi, kau pulak ema.

Dia ema “emaLD pop: dah jugak, hm boleh intro jenz.

Aku “JenzRbz pop: Pijan umur 17 tahun, tinggal di kampung bikang lahad datu sabah. Bangsa suluk. Kau pulak intro back.

Dia ema “emaLD pop: ema umur 17 tahun asal sepagaya lahad datu sabah. Bangsa idaan. Pijan kau perempuan ke atau lelaki maaf tanyak ya.

Aku “JenzRbz pop: aku lelaki ema,.

Dia ema “emaLD pop: oh..aku ingatkan kau perempuan tadi itu sebab aku KFRIEN kau..dan kpop kau..hehe

Aku “JenzRbz pop: yaka hahaha jadi kalau aku lelaki kau tak nak KFRIEN lah ya macam tu kah..πŸ˜‚πŸ˜‚

Dia ema “emaLD pop: kfriend jugalah..hahaha

Aku “JenzRbz pop: aku ingatkan tak..kalau tak kau kfrien aku kalau aku lelaki, kalau macam tu, biarlah aku jadi perempuan agar aku jadi rakanmu..hakhakakhak.

Dia tak balas sudah pop aku tu, dia offline sudah. Jadi aku buat macam biasalah aksi-aksiku buat STATUS BOM JIWANG. BUAT STATUS LUCU.

Sambil layan kawan-kawan yang lain, semua keluarga aku, sepupu aku tiada yang tahu apa aktiviti aku di lawan SOSIAL SMS KOLONY. Hanya seorang saja yang tahu gerak geri aku di KOLONY.

yaitu sepupu aku seorang jak si “UNGURIKU”. Atau nama sebenarnya JULDI, tapi aku penggil dia inguriku, Yang lain tu semua tiada satu pun yang tahu apa apa kisahku di KOLONY. Mereka semua tidak tahu aku sudah jauh mendalami apa itu CINTA di LAMAN SOSIAL KOLONY.

Segala rahsiah aku dan kisah aku di KOLONY satu orang jak tahu iaitu si UNGURIKU. Dia saja yang tahu semua.

Walau pun laman SOSIAL ITU sudah PUPUS tapi kenangan aku disana aku tak ingin PUPUS di telan masa dan waktu yang terus berjalan meninggalkan kisahku disana.

Aku ingin abadikan segalanya di sini.

Kita sekarang cerita pasal kami lagi, cerita kisah aku dengan dia.

Dia post BOM STATUS jiwang aku pun sudah lupa status apa yang dia post tu, tapi aku masih ingat ayat jiwang, di saat cinta dan rindu mendalamnya dengan boyfriendnya di abaikan boyfriendnya.

Aku terus KPOP dia, cuba tenangkan dia,

Aku “JenzRbz pop: salam ema. Selamat malam tengah buat apa tu. Janganlah sedih-sedih, biarpun kita masih baru kenal di KOLONY tapi aku sudah anggap kita ni, sudah lama kenal 10 tahun lamanya. Aku tak mau kau terus sedih macam ni tau. Sebab aku ikut sedih kita kan kawan baik.”

Aku cuba tenangkan dia yang tengah sedih tu, aku memang macam tulah gayaku di KOLONY bila ada FRIEN aku jiwang aku terus pop dorang atau balas KBOM dorang itu cara aku.

Tidak kira lah sama ada dorang tu betul-betulkah, atau hanya sekedar main-mainkah untuk hilangkan rasa bosan dorang jakkah. Aku tetap hadir di KPOP atau di KBOM balas bom dorang. Aku bagi kata-kata semangat. Begitulah aku di KOLONY semua aku peduli dengan nasib kawan-kawan aku, sama ada yang aku anggap sahabatku atau hanya frien biasa-biasa aku jak, tetap juga aku kisah sangat dengan nasib dorang.

Aku ambil kisah dengan apa yang mereka hadapi semua, dugaan apa saja, aku akan sentiasa ada untuk mereka, hadir menenangkan mereka, hadir bagi kata semangat. Walaupun akikatnya aku pun dua kali lima juga dengan mereka bila terkena masalah. Macam cacing kepanasan juga merontah mengeluh, dengan kawan-kawan semua di KBOM.

Aku di KOLONY, Tak kirah lelaki atau perempuan tetap aku hadir tenangkan mereka, aku akan beri mereka kata-kata semangat. Agar kuat dari dugaan yang mereka hadapi.

Itulah AKU di KOLONY. Pemberi kata-kata semangat kepada kawan-kawan aku di LAMAN SOSIAL ITU, dalam enam bulan aku main kolony FRIEND aku sudah mencecah lebih seribu ORANG.

Dalam seribu orang frien aku tu ada 8 orang friend aku yang sama kemampuan kami susun kata-kata apa-apa saja. Nickname dorang “ZALIEE. AZREIL. ALNA. FEATDEATH. LISA97. dan DIA EMALD. itu saja yang aku ingat sama kemampuan kami berimbang menyusun kata.

Ada lagi seorang kira SEMBILAN tapi yang satu tu sepupu aku, si unguriku nickname dia LOVELY20. Dia teman sejatiku, sepupu sejatiku, sahabat terbaik aku dari dulu dan kini selamanya. Terbukti di setiap waktu, di setiap minit berjalan, setiap detik.

Sampai di facebook pun terbukti dia sentiasa bersama aku, buat bodoh, buat lawak, buat kilik. Buat gila. Dia tetap ada untukku.

Tak kira di ketika sedih maupun bahagia, tetap di kongsi bersama rasa tu. Walau pun teman-teman yang lain tu sudah pupus ikut bersama laman sosial tu.

Tapi dia unguriku tak pernah-pernah pupus di dalam cerita hidupkupl hadirnya bagai lautan yang tak pernah-pernah kering untuk bumi ini. Itu perumpahan dia dalam hidupku.

Walau pun kedang surut, tapi akan naik pasang balik, itulah dia dalam cerita hidupku. Tiada pernah haabisnya. Hanya berakhir dengan ambusan nafas terakhir kami berdua.”

MESKI yang lain sudah hilang tanpa jejak, Bermula dari “AZRIEL, ALNA, FEADEATH.” Dan dua orang lagi sudah aku lupah namanya. Hilang mereka betul-betul tanpa jejak. Ikut bersama laman sosial pupus.

Dari lapan orang sahabat aku, yang aku tahu nama-nama FACEBOOK dorang hanya abang zalie, lisa. Dan unguriku yang sentiasa “SPECIAL ONE IN MYLIFE STORY”. Yang lain hilang tanpa jejak, tapi aku tak mahu lupakan kisah aku dan mereka semua.

Walau pun “KOLONY” sudah pupus, tetapi aku tidak mahu kisah kami ikut pupus. Akanku ingat selalu nama-nama nickname kamu semua. Dan satu yang paling aku ingat selalu dia yang bermula dari kawan, dari “KFRIEN”. sampai jadi sahabat aku, jadi kekasih aku. Dari KFRIEN jadi KRUSH.

Meski hubungan kami berakhir dengan KXFRIEN, pergaduhan,perpisahan, yang dia tidak inginkan, terjadi di antara kami berdua, aku pun sama tidak inginkan perpisahan itu, tapi oleh kerana ada sebab yang tertentu aku terkpaksa lakukan sesuatu yang merosakkan hubungan kami berdua. “kita tinggalkan dulu kisah kami berdua seketika”.kita berbalik ke cerita aku dan sahabatku yang lain.

Yang dua orang tu sudah aku lupah nama-nama dia orang. Nickname dia orang, kecuali abang zalie kecuali napasku terhenti baru boleh aku dapat lupakan dia, Kalau betul orang LAMA di kolony dia orang mesti “KENAL NAMA ZALIEE” kings of the STATUS in the KOLONY melebihi sejutah STATUS dia sampaikan dia masuk WEB nicknamenya.

Biasanya aku penggil dia abang ZALIE. Dia orang bugis tinggal di batu satu.” Featdeath pulak orang semenajung. Kami semua bila ONLINE sama-sama beratus STATUS kata-kata indah kami post untuk kawan-kawan, kata-kata kami semua “NOT FAKE”. Tapi asli buatan diri sendiri.

Sebab otak kami sama macam googleπŸ˜‚. Tapi Ayat status kami bukan dari google ayat kami buatan sendiri, dari dalam hati, dari akal dan pamikiran kami masing-masing, aku bahagia sebab pernah berdepan dengan orang-orang pintar, dari mereka aku banyak dapat pengelaman.

Lagi pun masa tu di tahun 2013&2014. mana ada kenal google adapun tapi tidak ramai yang tahu apa itu google.

Nah kami semua buat ayat status tu seakan tiada habisnya, tiap malam, tiap hari. Begitulah kami di KOLONY.

WALAU PUN kolony Tidak seindah “WECHAT”. WHASHAP”. FACEBOOK”. Tapi KOLONY banyak mewarnai kisah hidup aku.

Tapi facebook pada masa tu aku sudah main dari tahun 2011 lagi, tapi line di kampung aku tidak kuat, aku online masa tu guna “OPERA MINI”. post satu status pun setengah mati menunggu, apa lagi gambar pada masa tu susah sangat gambar mahu di post.

Maklumlah aku yang tinggal di kampung saja, di kampung bikang. Turun bandarpun pada masa tu kira oklah kalau aku dapat turun dalam setahun sekali. Apa lagi main cumputer di bandar. Facebook hanya senang di gunakan di cumputer pada masa tu. Kalau di hp biasa susah.

Cumputer jauh dari kata hidupku Cumputer. Tidak pernah-pernah aku sentu benda tu. Sebab aku ni, selalu merasa takut dengan pihak keselamatan malaysia.

Pihak keselamatan malaysia memburuh pedatang asing tanpa izin. Itu sebab aku takut turun bandar nanti silap-silap aku tengah siok-siok berjalan kena cakup aku. Itu yang selalu bermain di fikiran aku.Takut aku kalau bendah tu terjadi dengan aku.

Di tiap tahunnya pihak keselamatan malaysia melancarkan OPERASI ke seluruh kampung yang ada di sabah.

Biarpun bikang hanya sekali di OPERASI di gempur pihak keselamatan malaysia, pada tahun 2003. Kenangan tu cukup membekas di akar dan pamikiranku. Masa tu umur aku baru masuk tujuh tahun.

Kira-kira jam 07:30 pagi polis serbu kampung bikang. Aku masih ingat lagi masa tu.

Tiap tahun kalau ada khabar angin bikang di OPERASI polis aku dan keluarga aku semua merasa takut.

Siang hari berjaga-jaga sebab takut terulang peristiwa tahun 2003 tu. Polis bakar rumah orang-orang suluk yang tiada pas, yang di anggap pendatang asing tu tiada dokomen apa-apa HANCULAH rumah mereka memjadi debu di jilat api.

di zaman masa kini, semua ada di kertas, sekeping kertas bernama IC atau pasport sangat berharga lebih dari nyawanya seseorang bangsa suluk” kita tinggalkan dulu cerita tu, kita berbalik lagi ke cerita ke LAMAN SOSIAL KOLONY.

di KOLONY walau STATUS kita tak melekat tapi setiap kita buat status tu, ia akan di kira. Contohnya profile kita di KOLONY.

JenzRbz:

FRIEN: 5.000

BESTFRIEN: 680.

BOM 400.605.

(BARISAN TAUSUG PECINTA DAMAI).

Itu jumlah BOM aku dan FRIEN aku di KOLONY sebelum di bubarkan KOLONY. Pada tahun 2016 lalu.

Itu profile aku di KOLONY. Cara check profile kawan-kawan kita di KOLONY macam ni. Taip kwho dan nama orang yang di inginkan contohnya “KWHO JENZRBZ” dan hantar ke 25333.

“Aku sentiasa ada untuknya di ketika dia perlukan seseorang menemaninya, walau pun hubungan kami hanya sekedar kawan tapi aku selalu ada untuknya, di ketika dia di landa kesunyian aku akan hadir menghapus kesunyiannya, kesepiannya. Sebab aku “JOKE MAN”.

mulanya aku hantar STATUS KBOM “assalamualaikum semua selamat malam kawan-kawan aku”.

Lalu dia balas kbom aku “EMALD JENZRBZ walaikumsalam selamat malam juga pijan.”

“Ramai jugalah kawan-kawan yang lain balas KBOM STATUS AKU itu, lebih tiga puluh oran memberi RESPON, tapi aku tidak seberapa layan yang lain itu, hanya aku balas dorang dengan satu kata “KBOM thank you aku hucapkan kepada semua yang sudih beri respon genk-genk aku tu, dengan STATUS aku tu”. Tanpa aku menyebut nama salah seorang dari mereka semua, yang memberi respon.

Hanya dia “ema”. aku sebut namanya dan termasuk nickname dia, aku ikut sertakan, dalam status aku, nickname dia “EMALD”. Masa tu, kalau seseorang itu, ramai FRIEN dia di KOLONY Dia tidak ikut sertakan nama kita di status KBOM dia.

Aku “JENZRBZ EMALD thank you puan sudih respon salam aku, tengah buat apa tu??”

Ada juga yang ikut sertakan nama nickname kita, itu yang fren kita bagus dan bukan “GENK PROMOTER”. aku pada masa tu, aku boleh di katakan genk promoter Nickname seseorang. Genk bisnislah katakan di kolony.

Sebab kami tidak PROMOTE orang tanpa ada bagi kami abuan “koinz, atau nama PUPOLARNYA di KOLONY. Orang kolony penggil KZ. Kalau ada orang yang ingin di promete nickname dia, kena bagi kami upah dulu KZ atau KRIDIT. RM3. SEMINGGU, atau KZ 3K.

Tiga K itu maksudnya tiga ribu koinz upahnya. Dalam seminggu tu, dalam sehari kami PROMOTE, hanya tiga kali sahaja, satu kali di pagi hari, satu kali di tengah hari, satu kali di malam hari. koinz sangat penting bagi seseorang “PROMOTER”. Koinz bukan sahaja nyawa bagi warga KOLONY yang mengetaui apa kegunaannya.

Koinz kita boleh dapat gunakannya untuk KDING Cash dua koinz. Atau KPOP cash 10 koinz, KBOM cash 20 koinz. Tapi dengan adanya KREG RM1 untuk seminggu FREE DING. FREE POP. FREE BOM. sesuka hatimu dalam seminggu.

jarang orang guna koinz sebab koinz susah kita dapatkannya, orang yang AKTIF main KOLONY. 100% guna KREG. Kecuali yang masih baru main KOLONY guna KZ dorang tidak tahu apa itu KREG dan dorang mengharapkan KZ saja. KZ boleh kasih naik pangkat kita di KOLONY. Kalau kita ada menyimpan KZ dekat 100K PANGKAT KITA NAIK.

dari “KOLOBIE” ke “KOLOFREAK”. aku masah tu, pangkat aku KOLOFREAK. Pangkat paling tertinggi kolomaster, Ramai yang mengejar impian jadi “KOLOMASTER”. Aku pun ada menyimpan harapan jadi kolomaster, walau pun sikit sangat peluang itu aku jadi kolomaster. Mustahil aku boleh gapai impian aku itu.

Tapi aku ada menyimpan harapan jadi kolomaster, walau ada beribu yang sudah hampir sampai ke tahap itu. Akan Tetapi Sampai KOLONY di bubarkan, tiada satu orang pun yang sampai ke tahap kolomaster. “sekarang Kita tinggalkan cerita pasal kolony, kita ke cerita kami berdua.

Dia jak aku layan terus, sebut nickname dia, tanpa kurangkan satu huruf nickname dia.

Dia ema “EMALD JENZRBZ tengah layan bom kawan-kawan ni. Kau pulak?.

Aku balas “JENZRBZ EMALD aku tengah kejar pocong ni puan, kenapa kau lambat sampai aku sendirian ni kejar pocong-pocong ni. Baru kuat melumpat pocongnya ni, habis berkeringat seluruh badan aku. Di sertai emoji πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Aku ni “joke man” suka cakap yang lucu-lucu di kolony itu perwatakan aku

dia balas “EMALD JENZRBZ hahaha apa lah kau ni, maaflah tuan, kalau puan lambat sampai sebap ada kerja aku tadi.

Aku “JENRBZ EMALD hmm..kau ni kan puan mentang-mentanglah tinggi pangkatmu aku ni orang bawahanmu kau selalu biarkan aku tangkap pocong malam-malam sendiri. Kau tak kasihan ke puan dengan aku selalu berkeringan kejar pocong-pocong nakal ni..”

Dia ema “EMALD JENZRBZ kan ramai juga anggota-anggota yang lainπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.”.

Aku ” JENZRBZ EMALD alah..dorang lain kau lain, aku mau kau yang kawankan aku, sebab kalau ada kau, pocong ni tidaklah melumpat tinggi sampai tersangkut di pokok kelapa sawit, kau kan cantik pocongpun orang yang mati boleh tertarik denganmu apa lagi manusia macam aku ni puan.πŸ˜‚πŸ˜‚. Sudah pasti sangatπŸ˜‚.

Aku ni, walau dimana juah laman sosial mesti aku buat lawak dan buat bodoh saja. Itulah gaya aku.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha bodoh bah kau ni pijan..πŸ˜‚πŸ˜‚

Walau pun dia hanya sekedar bermain gurau aku terasa juga sebab di cakap bodoh aku sangkah dia suka sangat dengan perwatakan aku suka melucu, atau mungkin dia kehabisan kata-kata untuk balas permainan gurauan aku di KBOM itu rasa perasaan aku dan fikiran aku masa tu sama dia.

jumlah rakan aku masa tu sudah melebihi 2600 orang di KOLONY sebab dekat setahun sudah aku main KOLONY. semua kawan-kawan aku saksikan style SWEET-SWEET kami berduaπŸ˜‚. Aku rasa sangat bahagia pada masa tu bersama dia meski kami hanya sekedar kawan hubungan kami”. Pada mulanya, Dan berkat bantuan kawan-kawan aku, selalu “PROMOTE” nickname aku JENZRBZ.

Hari demi hari, terus meningkat dengan cepat jumlah FREIN aku di laman SOSIAL SMS KOLONY.

Aku balas dia dengan ayat manja macam ni. “JENZRBZ EMALD hmm..tak apalah puan. Memang pun aku bodoh ni, kau jak bijak tu, tak apalah merajuklah aku ya.. Aku OFFLINE dulu ya kecil hatiku sama kau cakap aku macam tu tau sama aku😒😒😒.

Dia ema “EMALD JENZRBZ alololo hahaha..tak bah aku main-main jak tu sama kau,janganlah kecil hati ya. Jgn offline dulu pijan jangan tinggalkan aku disini di kolony banyak pocong takut aku kawan-kawan semua sudah balikπŸ˜‚πŸ˜‚,,hmm pijan kau pandai brekdan ke?.

Dia cuba mau ubah topik perbualan kami di KOLONY di KBOM dia cubah ajak aku bercerita tentang cerita tarian.

Aku “JENZRBZ EMALD tak pandai.”

Aku balas ayat pendek sebab aku tidak seberapa minat dengan desco pada masa tu.

Dia ema “EMALD JENZRBZ alololo..hahahha manja betul kau ni, masih merajuk kah? nah mari sini kau aku pujuk kauπŸ˜‚πŸ˜‚.

Aku “JENZRBZ EMALD tak aku mau di pujuk olehmu, biarlah aku pujuk diriku sendiri pandai juga aku rawat hatiku ini yang terluka di tusuk ayat “bodoh” itu..hehehehπŸ˜‚πŸ˜‚..

Dia ema “EMALD JENZRBZ dari kau jaklah kalau kau tak mau aku pujuk bukan juga kau boyfriendku apa aku mau susah-susah pujuk kau tu..boyfriend aku pun tak pernah aku pujuk, apa lagi kau, dia jak pujuk aku tuπŸ˜‚πŸ˜‚..

Aku “JENZRBZ EMALD yalah tu boyfriendmu pujuk kau, habis yang kau jiwang tu, bukun pujuk boyfrienmu kah tuπŸ˜‚?. Dia ada pujuk kau keπŸ˜‚?.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha..entah.

Aku “JENZRBZ EMALD kenapa entah?..hm kau sudah makan ke tu puan?.

Dia ema “EMALD JENZRBZ sudah juga pijan kau pulak?.

Aku “JENZRBZ EMALD sudah juga, tadi aku makan sama-sama pocong yang aku tangkap, kami makan sianglag sama ikan bassung. Kau pulak ema apa kau makan tadi apa laukmu?.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha..baguslah tu kau makan sama-sama pocong bukan kau yang di makan oleh pocong. Aku makan sayur sama ikan dan nasi.

Aku ni, biar bercerita apa-apa saja dengan kawan-kawan di lawan “SOSIAL SMS KOLONY” mesti ada saja ayat perkataan lucu aku campurkan itulah gaya aku. My sytle orang putih bilang.πŸ˜‚

Aku “JENZRBZ EMALD bagus pulak kau makan tu ada sayur sama ikan nasi. Aku sianglag jak sama ikan bassung kissil, bukan macam kamu makan tu, mungkin ikan bassal kan ema. Maklumlah aku ni orang suluk miskin. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜‚.

Dia ema “EMALD JENZRBZ alah pijan jangan rendahkan dirimu aku ni pun suluk juga, bapak aku orang suluk juga, sama juga kita tu miskin pijan aku ni bukannya orang kaya pun. Ada lagi sianglag? Minta bah.

Aku cakap sianglag sama dia sebab pada masa itu aku belum tahu lagi apa itu sianglag di dalam bahasa melayu. Aku belum tahu lagi sianglag tu aggang di penggil dalam bahasa melayu”.

Aku “JENZRBZ EMALD aik yaka,? Patutlah kau tau sianglag tu, aku ingat kau ni orang idaan tulin sebab hari tu kau “INTRO” sama aku kau idaan tiada kau beritau aku kau orang idaan suluk pulak.

Aku test dia aku guna bahasa suluk.

aku “JENZRBZ EMALD Nag unu kau biyaun ema?.

Perkataan “INTRO” tu sangat pupolar di KOLONY semua budak KOLONY 100% pasti sudah biasa INTRO-INTRO dengan friend-friend dorang semua, contohnya “NAMA AKU PIJAN 17 BANGSA SULUK TINGGAL DI LAHAD DATU KAMPUNG BIKANG”.

itu intro aku dengan semua kawan-kawan aku di KOLONY aku di kenali dengan namaku “PIJAN”. Menyamar Aku. Dari nama marajuki binti salip alih ke nama pijan binti misuari, Aku sembunyikan nama betul aku pada masa tu.

Dia ema “EMALD JENZRBZ wae mag unu-unu.πŸ˜‚πŸ˜‚

Aku “JENZRBZ EMALD uik..hahahah macam ndak percaya pulak aku kau ada darah suluk yang mengelir di dalam baranmu yan, aku susah mahu percaya sama kau hanya kerana sebab kau pandai cakap tausug.

Dia ema “EMALD JENZRBZ dari kau lah kalau ndak mau percaya sama aku, sin biah dah aku kaymu tausug ra isab.

“aku tu hanya memancing jak agar perbualan kami memenjang cerita kami berdua, itu tujuan aku sama dia.

Aku “JENZRBZ EMALD susah bah aku mau percaya, kalau kau betul suluk apa kunuk rambut sama kaki, tumit, kerungkung dalam bahasa tausug.

Aku cuba test dia dengan bahasa suluk yang muda dia beri jawapan. Pancingan lagi agar perbualan kami makin panjang.

Dia ema “EMALD JENZRBZ mangi kau laung isab. Buuk. Siki. Tikidud-tikidud. Gunggungan. Susah lagi “Wae mag unu-unu” pun aku boleh cakap sama kau apa lagi rambut tuan.πŸ˜‚

Aku “JENZRBZ EMALD huun mangi aku. Bukan sadja addatku in mangi sampai dagbusku mangi usug dah aku..hehehe. lugi kau naka bagay kaku.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha..jangan merendah diri aku tak suka. Kita ni manusia sama saja semua. Di mata tuhan tiada beza. Mayta isab?

Aku “JENZRBZ EMALD itu bilangmu bukan bilang si najibπŸ˜‚. Kalau si najib sama polis tu kita tak sama semuaπŸ˜‚πŸ˜‚.di sabah ni si najib sama polis tuhanπŸ˜‚.πŸ˜‚

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha..kenapa? Tak sama kalau si najib?

Aku “JENZRBZ EMALD sebab dia tuhan kan di sabah, kalau di mata si najib dan di mata polis orang yang tiada sutat apa-apa di cap pendatang haram tanpa izin. Bakkau in ulah namuh bukun biah kaymu. Kita tak samaπŸ˜‚πŸ˜‚.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha. Memang si najib jahat.

Aku “JENZRBZ EMALD nah kan..mana sama, kau bebas, tak macam aku ni guna surat lahir jak, di tangkap polis juga, bakkau peneman sejati aku.πŸ˜‚πŸ˜‚.

Aku menipu lagi sama dia, takkan aku kena jujur 100% nanti malu lah aku. Guna surat lahir kira oklah sikitkan. Daripada cakap kosong sama sekali sama dia. Nanti dia laatan sama aku, kita tak tahu kan. Lebih baik buat tipu sikit.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha..oklah pijan mengantuk sudah aku jumpa lagi esok, Selamat malam pijan. Mau tido bubye!

Ayat “BUBYE” tu dari dia tu, sampai sekarang aku guna. Di facebook, bila aku guna ayat tu aku akan teringat dia. Meski hubungan kami sudah lima tahun berlalu, dan sudah lima tahun berakhir, tapi dia tetap aku ingat, gurau senda kami. Akan selalu aku ingat.

Aku “JENZRBZ EMALD hehehe..ok ema selamat malam juga, kalau tidur tu jangan lupa baca doa ya. Dan sebut namaku tiga kali mana tau kita jumpa di mimpi bolehlah kau nampak wajahku yang hodoh ni..πŸ˜‚πŸ˜‚.

Dia ema “EMALD JENZRBZ hahaha..pijan-pijan kau ni..πŸ˜‚πŸ˜‚..bubyee

Aku “JENZRBZ EMALD hehehe..mana tau dalam mimpi pun hatiku terbuka untukmu biarpun kau anggap aku kawan tak salahkan jika aku jatuh sayang sama kau, jangan jak jatuh cinta sama kau tu, salah sebab kau ada boyfiendmu takut aku jadi puncah rosak kebahagianmu dengan dia boyfriendmu..hehehe

Dia tak balas sudah KBOM aku tu, dia offline sudah, maklumlah dia sekolah di kesesokan paginya dia tak macam aku ni, tidak sekolah. Bukan tidak sekolah sebab malas tapi tidak di terima pihak sekolah dimana-mana. Bukan sebab gagal atau tidak pandai tapi sebab tiada keterangan lengkap.

Maklumlah aku anak orang pelarian perang MNLF vs ARMY FILIPINA, bermula tahun 1972 sampai tahun 90-an. Kedua ibu bapak aku pelarian dari lupah sug, tidak macam dia, bapak dia saja pelarian, ibunya orang tempatan sabah, orang idaan.”

Aku pun tidur jugalah sebab aku pergi kerja ke esokan paginya menebas rumput di tempat kerjaku di kebun seseorang bekas pengetuah sekolah “SMK SILABUKAN”. Seluas 10 ikar. Dia dan aku, beza, jalan cerita hidup kami berdua di kehidupan nyata, di paginya dia pigi sekolah.

Aku pulak pigi kebun kerja di pagi hariku, dia habiskan masanya di separuh harinya di sekolah. Aku habiskan separuh hariku di kebun kerja.

Dia bila balik sekolah, balik rumah turun bandar dan melepak di darvel bay dengan kawan-kawannya. Itu aktivitinya di sebelah petangnya.

Aku bila aku balik dari tempat kerjaku, aku duduk rumah jak, tidak kemana-mana. Aku cuma Melepak di rumah dengan “FAMILY AKU”.

Bertapa bezanya cerita hidup kami, di setiap hari kami. Kata orang suluk. “imibug aku sin kabuhinya, mabaya’ aku mabiya’ kanya in suy sin kahabuhiku”. Tapi mustahil jalan cerita kami boleh sama.

Umur aku sudah meningkat remeja, mahu dekat dewasa sudah, umur aku 17 tahun pada masa tu.

Dan bila malamnya dan malam aku, kami berdua aku dan dia berjumpah di LAMAN SMS SOSIAL KOLONY.

Dia ada tanyak aku di KPOP apa pekerjaan aku. Mula ceritanya macam ni, aku KPOP dia.

Aku JenzRbz pop: assalamualaikum ema selamat malam, tengah buat apa tu?.

dia ema “emaLD pop: walaikumsalam pijan selamat malam juga, tiada buat apa-apa ni, kau pulak?.

Aku “JenzRbz pop: tengah baring-baring ni, kau dah makan ke tu?.

Dia ema “emaLD pop: dah tadi kau pulak pijan. Hm pijan boleh tanyak sikit.

Aku “JenzRbz pop: sudah juga, aku makan sayur kangkung sama nasi jak tadi. Boleh apa dia ema tanyaklah?.

Selama kami masih berubungan, dari kawan sampai jadi sahabat dan jadi “boyfriend girlfriend”. Aku tak pernah tinggalkan kata-kata merendahkan diri untuk dia, tiap kali kami berubungan di LAMAN SOSIAL SMS KOLONY. Perkatan merendah diri tu akan tetap ada ku katakan untuk dia.

Dia ema “emaLD pop: Kau berapa adik beradik pijan.

Aku “JenzRbz pop: lima aku anak ketiga, kau pulak berapa kamu adik beradik ema?.

Aku tipu sama dia, aku tak mahu dia tahu aku anak bungsu dari lima adik beadik.

Dia ema “emaLD pop: enam orang satu lelaki, lima perempuan, aku anak kelima, KAMU pulak berapa lelaki dan berapa perempuan.

“Rupanya kami anak kelima sama-sama, tapi aku tak cakap jujur dengan dia, aku cakap sama dia aku anak ketiga. dalam hatiku sama juga kita tu anak kelima ema.”

Aku “JenzRbz pop: dua perempuan tiga lelaki.

Dia ema “emaLD pop: nama dorang semua siapa?.

Aku “JenzRbz pop: nama abang solong kami, abdul akim, nama kakak aku sitti nurisa, yang anak no dua. dan aku pijanπŸ˜‚ anak ketiga. Nama adik aku no 4 nuraisha. Nama adik aku no 5 muhammad riza. Kamu pulak ema?.

“Aku berganti tempat dengan abangku satu orang tu, aku ambil tempatnya no tiga. Aku letak dia di no lima. Padahal yang betulnya akulah anak no lima adik bungsu dorang.”

Dia ema “emaLD pop: nama abang solong kami arwin. ********************************************************************

“dia ada sebut dan beritahu aku semua nama adik beradik diorang, dari no 1 sampai no enam. Tapi yang aku masih ingat nama abang solong dia, dan tempat dia di no 1. ada juga yang aku masih ingat selain dari abangnya.

Jaiporinah tapi aku tidak tahu anak keberapa ke dia. Nama dia jak aku tahu.

Aku “JenzRbz pop: cantik juga nama kamu semua, sama macam orangnya juga, biar aku tak nampak muka kamu semua tapi aku sudah dapat tahu kamu semua memang cantik orangnya dari nama jak..heheh

Dia ema “emaLD pop: hahaha..kau ni pijan ada-ada jak.

Aku “JenzRbz pop: betul kan aku cakap tu, kamu memang cantik.

Dia ema “emaLD pop: hahaha..pijan boleh tanyak lagi ke?.

“dia suka buat pertanyaan dengan orang, tanyak dan tanyak lagi, dari dia tu aku ambil gaya suka tanyak orang. Dia kalau berchat di kpop tiap-tiap malam masti ada saja dia tanyak sama aku, sungguh teribur diriku”.

Aku “JenzRbz pop: boleh jak apa dia ema?.

Dia ema “emaLD pop: pijan kau apa kerja mu.

Aku “JenzRbz pop: aku tak kerja ema, di rumah jak aku ni..”

Aku menipu lagi sama dia, padahal aku kerja di kebun bekas pengetuah “SMK SILABUKAN”. Sebagai tukang tebas rumput, tukang kasih bersi kebun, tapi oleh kerana aku takut dia tidak mahu kawan aku lagi, kalau aku beritahu dia apa kerja aku sebenarnya.

aku terpaksa cakap bohong sama dia. Aku tidak mahu berakhir persahabatan kami. Mana tahulah kan, biar dia baik aku tahu, tapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi bila aku terus terang sama dia. Jadi aku memilih berhati-hati sama dia bercakap.

Dia ema “emaLD pop: oh..kenapa kau tak cari kerja pijan, di bandar ke, di restoran.

Aku “JenzRbz pop: aku ni ema guna surat lahir jak, bukan macam kau,,senang cari kerja, kau ic, aku ni, ic lari..hahahah

Dia ema “emaLD pop: hahaha..ya pulak kan, macam mana lah kau mau kahwin nanti kalau kau tak kerja pijan.”

Aku “JenzRbz pop: uik kesitu pulak, aku ni, baru jak tak kerja tahun ni ema, selama ni, aku ni kerja dan terus kerja jak, jadi tahun ni aku cutilah lenguk sudah tulang aku..hehehe

Dia ema “emaLD pop: yakah..hahaha apa juga kerjamu selama ni sampai jadi lenguk badanmu tu pijan?.

Aku “JenzRbz pop: kerja kontrek, angkat batah, tukul batah, buang batah itu kerjaku ema..hahaha.”

mau dekat jam 11 malam sudah, jadi aku buat cerita lawaklah,, supaya dia tidak rasa mengantuk..

Dia ema “emaLD pop: oh patutlah..ahahha.

Aku “JenzRbz pop: lain lagi aku berus gigi beruang, kasih makan nyamuk, bikik penat sangat ema, nyamuk nakal bah..susah mau tangkap kasih makan dia..hahaha

Dia ema “emaLD pop: hahah ndak kau pukul satu kali nyamuk tu pijan.

Aku “JenzRbz pop: ndak sampai hatiku ema pukul nanti mati nyamuk, dorang ada anak bini, nanti menangislah anak bini dorang kalau aku pukul aku takut mati itu nyamuk, baru semua bapak nyamuk, tiada yang single macam aku..hahaha

Dia ema “emaLD pop: bodoh hahaha. Oklah pijan aku mau tido sudah bubye pijan selamat malam jumpa lagi. Assalamualaikum.”

“aKu fikir dia tidak menngatuk dengan permainan gurauan aku tu, rupanya dia tambah mengantuk.”. Atau Sebab mungkin dia takut ponting sekolah lambat bangun nanti.

Aku “JenzRbz pop: hmm..dua kali sudah kau cakap aku bodoh biar aku tak marah tapi tetap aku ingat..sampai bila-bila..hehehe. walaikumsalam ema selamat malam juga. Ya jumpa lagi esok di tempat yang sama iaitu kolony..hehehe.”

Dia post STATUS di KBOM

Dia ema “EMALD oklah kawan-kawan aku semua offline dulu aku sekolah esok..assalamualaikum”.

Aku pun ikut tidur sama-sama dengan dia, sebab aku kerja pada masa tu, di keesokan pagiku, tapi aku tidak buat status apa-apa, sebab aku tidak mahu bucur rahsiah aku.

Dia ke sekolah aku ke ke kebun kerja.Maklumlah aku ni, 100% anak orang pelarian dari selatan filipina, kedua ibu bapak aku pelarian.

Tapi pertemuan kami di KOLONY cukup aku merasa bahagia dengan dia selalu gurau senda di ketika malam, tiada kata kesunyian dalam hidupku selama kami kawan dan sampailah bercinta.

aku penggil dia puan dia penggil aku tuan, kita cerita pasal cerita pocong. Aku “bilang aku tangkap pocong ni, aku tengah kejar pocong lumpat-lumpat pada masa itu. Sedar tidak sedar aku, rupanya guraun aku tu membuatnya jatuh cinta pada aku. Dalam diamnya.

Disitulah permulaan bibit-bibit cinta kami, walau pun hanya sekedar di laman SOSIAL KOLONY. Tapi aku merasa di dalam laman sosial tu hidupku selalu merasa berbunga-bunga. Sebab aku di keliling kawan-kawan yang baik hati.

Kawan-kawan yang boleh di katakan satu kepala dengan aku itu yang membuat aku merasa bahagia. Dan yang paling buat aku bahagia tu, adalah dia ema, atau nama sebenarnya “NUR EMA”.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: